Tuesday 20 November 2012

President?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca pembaca sekalian.Harap anda semua sihat sihat belaka.Banyak nak story mory nie.First of all aku mungkiri janji aku dulu yang mana aku takkan masuk dalam bidang bidang pentadbiran lagi sebab nanti tak dapat bagi masa untuk belajar dan berkokurikulum ni.

Tapi disebabkan oleh masalah dalaman aku calonkan diri aku untuk menjadi PRESIDENT OF RADIOGRAPHY SOCIETY STUDENT. *rasa cam gila kuase je aku ni*

Tapi biarlah apa orang nak kata sebab aku taknak sebab 'masalah dalaman' tersebut kaum kaum kami berpecah belah.So tepaksalah aku volunteer walaupun aku rasa aku tak seberapa sesuai pun *uhuk* Dengan undi yang cukup aku menang gak pilihanraya yang agak suram dan tak seberapa meriah tu. So termaktub lah nama aku dalam kolej tu sebagai presiden untuk course kami.

Walaupun berjawatan aku tetap aku,bangun lambat,datang kelas lambat,smoke balakang bangunan kolej and so on lah.takdak contoh yang baik langsung.LOL. Lagipun sistem dekat kolej swasta dengan kolej kerajaan nie lain.Kalau kat kolej kerajaan dia dah ada peruntukan dalam RM50,000 cam tu untuk student buat ape2 aktiviti. So semua aktiviti pun memang gempak lah. Tapi kat sini berbeza,semua aktiviti kena consider on the amount of student that want to join the activity first before the proposal can be send to the top person.

 Mana taknye,duit peruntukan sikit,papehal kena minta sedikit bayaran daripada contestant. Mana maunye mereka nak join kan? Yang kaya no hal lah. Eden bayo!! Tapi yang sesak ciput cam aku ni nak bayar tang mana? Duit ada..tapi untuk peruntukan lain lah kan.awek2,movie,jalan2 *poyo*

Satu lagi yang aku tak puas hati ialah status aku sebagai presiden macam takde makna langsung kott. Seperti yang korang sedia maklum,suatu organisasi itu wujud untuk mengumpulkan para pelajar untuk bernaung bawah satu kuasa. Tapi kat kolej aku nie kalau aku@presiden nak buat suatu aktiviti,aku kena cari seorang direktor untuk conduct aktiviti tersebut. So kerja aku goyang kaki dan pantau diorang punye progression je. Korang bleh bayang tak macam mane complicatednye perkara tersebut?ya aku setuju dengan berbuat demikian mereka mampu belajar untuk membuat kerja tapi serabai lah sayang. Kalau direktor tu OKAYYYYYY takpelah,kalau yang TAK OKAY ni masalahnye. Macam recently punya futsal program,direktor tau nak main futsal je,kerja2 belakang tabir tinggal macam tu je. AJK pulak membe dia. Haram nak buat kerja. Bajet tak tau kemana hala,peserta tak tau kat mana,referee masuk longkang. Kerja jadi tak teratur tau! Kalau macam nie buat ape nak ada kelab?buat ape kalut pasal presiden?tak nak terima presiden sebelum ni bagai..bukan presiden pun yang kena wat kerja ke ape. Cume sebagai wakil jelah. Wakil goyang kaki

Sepatutnya organisasi yang wujud sekarang ni digunakan sebaik mungkin baru lah bajet teratur dan kerja tersusun. Pasal semua lepas tangan dengan aku pun ape lagi,chow lah. Tapi syukur Alhamdulillah ada yang mampu bertahan  dan siapkan kerja yang tersadai tu last2 event futsal tu berjalan dengan lancar jugak. Amin dan tahniah kepada anda dan anda :) Walaubagaimanapun aku berjanji akan menjadi presiden yang terbaik kepada korang semua dan aku nak ubah serba sedikit fahaman mereka pasal meeting tiap2 hari jumaat tu. Event gak aku nak wat yang gempak2 je cam kat poli dulu. InsyaAllah.!!