Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca pembaca sekalian.Harap anda semua sihat sihat belaka.Banyak nak story mory nie.First of all aku mungkiri janji aku dulu yang mana aku takkan masuk dalam bidang bidang pentadbiran lagi sebab nanti tak dapat bagi masa untuk belajar dan berkokurikulum ni.
Tapi disebabkan oleh masalah dalaman aku calonkan diri aku untuk menjadi PRESIDENT OF RADIOGRAPHY SOCIETY STUDENT. *rasa cam gila kuase je aku ni*
Tapi biarlah apa orang nak kata sebab aku taknak sebab 'masalah dalaman' tersebut kaum kaum kami berpecah belah.So tepaksalah aku volunteer walaupun aku rasa aku tak seberapa sesuai pun *uhuk* Dengan undi yang cukup aku menang gak pilihanraya yang agak suram dan tak seberapa meriah tu. So termaktub lah nama aku dalam kolej tu sebagai presiden untuk course kami.
Walaupun berjawatan aku tetap aku,bangun lambat,datang kelas lambat,smoke balakang bangunan kolej and so on lah.takdak contoh yang baik langsung.LOL. Lagipun sistem dekat kolej swasta dengan kolej kerajaan nie lain.Kalau kat kolej kerajaan dia dah ada peruntukan dalam RM50,000 cam tu untuk student buat ape2 aktiviti. So semua aktiviti pun memang gempak lah. Tapi kat sini berbeza,semua aktiviti kena consider on the amount of student that want to join the activity first before the proposal can be send to the top person.
Mana taknye,duit peruntukan sikit,papehal kena minta sedikit bayaran daripada contestant. Mana maunye mereka nak join kan? Yang kaya no hal lah. Eden bayo!! Tapi yang sesak ciput cam aku ni nak bayar tang mana? Duit ada..tapi untuk peruntukan lain lah kan.awek2,movie,jalan2 *poyo*
Satu lagi yang aku tak puas hati ialah status aku sebagai presiden macam takde makna langsung kott. Seperti yang korang sedia maklum,suatu organisasi itu wujud untuk mengumpulkan para pelajar untuk bernaung bawah satu kuasa. Tapi kat kolej aku nie kalau aku@presiden nak buat suatu aktiviti,aku kena cari seorang direktor untuk conduct aktiviti tersebut. So kerja aku goyang kaki dan pantau diorang punye progression je. Korang bleh bayang tak macam mane complicatednye perkara tersebut?ya aku setuju dengan berbuat demikian mereka mampu belajar untuk membuat kerja tapi serabai lah sayang. Kalau direktor tu OKAYYYYYY takpelah,kalau yang TAK OKAY ni masalahnye. Macam recently punya futsal program,direktor tau nak main futsal je,kerja2 belakang tabir tinggal macam tu je. AJK pulak membe dia. Haram nak buat kerja. Bajet tak tau kemana hala,peserta tak tau kat mana,referee masuk longkang. Kerja jadi tak teratur tau! Kalau macam nie buat ape nak ada kelab?buat ape kalut pasal presiden?tak nak terima presiden sebelum ni bagai..bukan presiden pun yang kena wat kerja ke ape. Cume sebagai wakil jelah. Wakil goyang kaki.
Sepatutnya organisasi yang wujud sekarang ni digunakan sebaik mungkin baru lah bajet teratur dan kerja tersusun. Pasal semua lepas tangan dengan aku pun ape lagi,chow lah. Tapi syukur Alhamdulillah ada yang mampu bertahan dan siapkan kerja yang tersadai tu last2 event futsal tu berjalan dengan lancar jugak. Amin dan tahniah kepada anda dan anda :) Walaubagaimanapun aku berjanji akan menjadi presiden yang terbaik kepada korang semua dan aku nak ubah serba sedikit fahaman mereka pasal meeting tiap2 hari jumaat tu. Event gak aku nak wat yang gempak2 je cam kat poli dulu. InsyaAllah.!!
Tuesday, 20 November 2012
Friday, 14 September 2012
Ciri-ciri pemimpin yang hebat
Ramai pelajar boleh menjadi pemimpin tetapi tidak semua boleh menjadi pemimpin yang hebat. Untuk menjadi pemimpin perlu ada minat dan ketokohan semulajadi di dalam diri.Pemimpin yang baik muncul secara tiba-tiba tetapi ia bermula daripada ketokohan untuk mendai pemimpin dan dipilih oleh orang ramai untuk memimpin. Berikut adalah beberapa tips tentang ciri-ciri pemimpin yang baik:
1. Ada visi yang jelas
Visi amat penting. Anda perluy tahu kemana arah anda. Anda dapat lihat diri anda 5 tahun hingga 10 tahun akan datang. Anda boleh meramalkan perkarayang akan anda lakukan dan anda berjaya melakukannya apabila masanya tiba. Anda juga dapat merancang hala tuju yang munasabah yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. anda juga dapat meyakinkan orang lain tentang visi anda.
2. Berilmu
Pelajar yang berilmu adalah lebih ke hadapan daripada mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Pelajar rajin membaca dan berilmu merupakan pelajar yang bijak di dalam berbincang, berbahas dan bersoal jawab. Mereka lebih ber=pengetahuan maka mereka tahu perkara yang mereka buat, mereka tahu bagaimana untuk menanggani masalah dan mereka tahu menggunakan pelbagai strategi untuk melakukan sesuatu.
3. Ada kesungguhan
Pelajar mempunyai fokus yang mendalam. Minatnya yang mendalam terhadap sesuatu membuatkandia mudah mencapai matlamat. Mereka memberi tumpuan yang sangat mendalam terhadap apayang mereka ceburi. Mereka tidak lali dan bersungguh-sungguh melakukannya. Mereka melakukannya dengan sepenuh hati sehingga berjaya diselesaikan. Kesungguhan melakukannya sehingga berjaya membuatkan mereka berasa puas.
4. Ada karisma
Personalitinya sangat dikaagumi. Melihat kepada wajah, gaya dia berhujah, luahan kata-kata membuatkan pelajar lain terpesona. Pelajar ini mudah membina hubungan dengan orang lain dan mudah mempengaruhi orang lain. Dia mempunyai faktor-x yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Faktor-x inilah yang membuatkan pelajar lain memberi sokongan terhadapnya.
5. Dapat berkomunikasi secara berkean.
Pelajar ini boleh berbahas, berhujah dan berpidato. kata-katanya masuk akal dan sukar untuk menidakkannya. Dia dapat mepengaruhi orang lain dengan mudah. Kata-katanya yang penuh semangat, berhikmah dan logik membuatkan pelajar lain yakin dan mudah menjadi pengikutkan.
6. Ada intiqamah
Pelajar ini mempunyai impian, cita-cita dan matlamat untuk dicapai. Mereka sanggup melalui onak dan duri. Mereka tahan uji dan tidak pernahputus asa.Matlamatnya ialah untuk mencapai hasrat yang diingini. Mereka tidak pernah mudah kalah. Mereka tetap istiqamah dalam apa keadaan sekalipun.
7. Ada keberanian
Pemimpin yang tulin ialah pemimpin yang telah melalui pelbagai pancaroba. Dia berani ditinggalkan oleh kawan-kawan, dia berani dicemuh dan dihina, dia berani menerima risiko malah berani untuk tidak popular. Keberanian itu membuatkan dia kebal terhadap segala rintangan dan halangan. Keberanian itu membuatkan dia dijulang dan pelajar lain akan mengakui kehebatannya dan memberi sokongan kepadanya.
Aku ada ke semua tu..??minta pandangan daripada readers yang mengenali diriku..
Subscribe to:
Posts (Atom)