Monday 9 July 2012

Syaaban

Assalamualaikum dan selamat pagi...!
Hari ini hari:

 Selasa , 10hb Julai 2012 bersamaan 20 Syaaban 1433...


So thats mean..........??haa...means what...??tau ke tak korang neh..??kite ni dah nak dekat dengan bulan Ramadhan dah adik kakok belako weh....!bulan Ramadhan tu bulan ape ek..??Bulan terbakar??haa..google-lah sendiri... :p

Okay sekarang ni bulan Syaaban kan..?so ape maksud Syaaban 2?*haish..perlu ke tau maksud dia?
tak perlu tapi tapi nampak sangat kita tak cakna dengan situasi saudara kita pada suatu masa dahulu..Sape saudara kita tu..?Justin Bieber kah?Lee Ming Ho kah?Peter Parker kah? tak lain tak bukan saudara sesama Islam kita..For your information..Syaaban berasal daripada perkataan ''syu'ba'' yang bermaksud berpecah/berserak-serak...Kenapa?orang Islam berpecah ke masa 2?bukan sayang(jangan gedik pikir aku nak menggatal..:P)...pada zaman Arab(sebelum Islam) mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab.Pada bulan ini juga mereka keluar beramai-ramai mencari air dan minuman.

Okay...berbalik kepada maksud bulan Syaaban tadi..Bersabda Rasulullah yang bermaksud::


''Dinamakan dengan Syaaban(berserak-serak) itu adalah di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak''

Ape kebajikannya...?

1.Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.

2.Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

3.Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan manuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.

4.Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al-Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

5.Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibubapa, pembuat firnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.


Sudahkah anda..??


p/s:I am sorry this is kind of late but I quess it worth to share..grab the chances while its still here...!



2 comments:

  1. Juah kedepan awak ni.. rasanya hari ni baru 10hb julai 2012 bersamaan 2O syaaban 1433 al hijrah(betul la yg ni)... Planet manakah awak ?

    ReplyDelete
  2. haha..maaf laa bos..tak tidur semalam...typo tuh....!

    ReplyDelete