Wednesday 8 August 2012

Hobi #1

Assalamualaikum dan selamat malam semua...!!lama kot tak menaip kat blog neh..nasib baik lah tak bersawang laman sesawang saya neh..hoho!kebelakangan ni saya ditakluki oleh beberapa aktiviti yang tak dapat dielakkan seperti bersahur dan berbuka...:P *cam poyo jer ayat guna perkataan 'saya' neh..LOL..okay lupekan..!walaubagaimanapun hamba berasa ingin sangat-sangat update somethinglah malam ni..tapi tak tau nak cite pasal ape..huhu


okay lah..aku lelaki..gagah perkasa(poyo kejap :p)..telah melakukan suatu amalan yang dah lama saya tak buat..*confession berani mati neh..hoho..which is:


MENANGIS...


huhu..tak tau lah angin ribut daripada mana yang menyambar mata aku sampai terkeluar air mataku yang dah lama aku simpan..(nanti xde air senang..guna air mata wat mandi,,haha)..papepom aku rasa lega sangat sekarang..terangkat jugak beban-beban yang terpaut di hati ni...


sebenarnya cerita dia camni..aku balik kelas tadi on laptop jap..layan kartun Fairy Tales..kemudian timbul lah 1 part dimana mereka diserang oleh Acnologia,the Black Dragon of Apocalypse dan Master Makarov (their leader a.k.a 'ayah' kepada semua ahli guild mereka) mengarahkan anak-anak buahnya balik ke kapal sambil melafazkan ayat berikut:


Tears are hollow.
Are you sad because of someone's gonna die?
Has sadness ever killed a person?
The answers are deep in each of your hearts....
My proud little brats!
Live on....!!
....into the future!!


..but he is then defeated by the dragon and somehow his children came back to rescue him...(air mata aku dah start mengalir balik..huhu)..kemudian macam-macam imbasan memenuhi kotak fikiran aku..


kasih sayang ibu bapa aku...yang kadang-kadang aku lupakan kerana mengejar keindahan dunia...persahabatan aku dengan member-member aku yang dah lama tak jumpa...dan aku rindukan anak-anak orang asli yang aku kunjungi 2 hari lepas..mereka juga berbahasa melayu..kenapa mereka tak diberi nikmat sebagai seorang Islam...?kenapakah si ibu dan bapa mereka tidak menuntut agama Islam dengan baik..mereka adalah kain putih yang seharusnya diwarnakan dengan pelbagai warna oleh ibubapa mereka..sedih aku..!!padahal ada je pakcik Syamsul yang menetap kat situ untuk menjaga kebajikan mereka..mungkin hati mereka belum terbuka..tapi aku harap anak-anak mereka belajar sesuatu tentang Islam di sekolah mereka nanti..papepom kunjung kami 3 hari 2 malam di kampung mereka berjaya membuka hati seorang pakcik 40-an untuk belajar sembahyang..dari lenggok tubuh dia yang agak kekok mengangkat takbir itu meluluhkan hati aku..on the spot rasa nak menangis..!kalau boleh nak jer aku ambil dia balik rumah aku then ajar dia sedikit sebanyak..tapi semua tu diluar bidang kuasa aku..aku hanya mampu memeluk tubuhnya untuk merapatkan saf..mudah-mudahan pakcik tu dapat hidayah someday..InsyaAllah..amin!banyak lagi cerita tentang kehidupan mereka tapi malas lah aku nak taip..huhu..:p kang membebel menyimpang jauh plak kang aku lak yang susah...huhu..


papepom yang aku nak kongsikan ialah 7 kebaikan menangis yang mungkin sebahagian dari kita xtahu menahupun..mungkin sebahagian orang fikir menangis ni sinonim dengan perempuan jer..laki menangis xcool lah kan...?xsemestinya jugak..sebab jujur aku memang akan menangis kalau aku berkesempatan untuk menangis....


Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :
1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.

sumber:https://www.google.com.my/



No comments:

Post a Comment