Monday 23 July 2012

Journey to the Kampung :)


Assalamualaikum dan selamat berbulan puasa kepada semua ummat Islam yang sudi membaca coretan gua yang xseberapa neh..sepatutnya post tentang kampung halamanku ini di-update last week lagi tetapi disebabkan oleh ketiadaan internet connection dirumahku terpaksa lah gua update hari ni lah kan..?:)

Serba sedikit tentang kampung halamanku ialah ia merupakan sebuah pulau yang tersergam indah diantara sungai Kelantan dan Laut China Selatan dan pulau tersebut bernama Pulau Seratus atau nama komersilnya Pulau Beluru...kenapa tak dua ratus?tiga ratus ke?mesti korang pom terpikir camtu kan?dan begitulah selalunya soalan dari member-member aku bila aku bagitau nama kampung aku..okay..Dikatakan asal nama pulau tersebut datang daripada urus niaga antara penduduk pulau tersebut dengan penjajah pada zaman dahulu dan dipersetujui dengan harga sebanyak RM100 pulau itu dibeli dan dibebaskan..aik!murahnya?tapi itu dulu..ada 1sen pom boleh buat beli nasi...so kalau ikut anggaran sekarang dalam RM100,000 lah(lebih kuranglah kott :P)

Sebenarnyakan..aku ni jenis malas sikit nak balik kampung sebab malas nak tunggu boat,malas nak jalan dari jeti ke rumah,malas nak mandi kat luar(tandas masih kat luar,tandas kat dalam untuk VVIP je..haha),malas nak melayan karenah saudara mara aku dan lain-lain...tapi pada minggu lepas kebetulan aku kebosanan dan kepuasan pastu my mum plak dok paksa suruh ikut dia..so ikut jelah..



 kambing memang feymes kat sini..!
 laluan yang biasanya aku jalan-jalan

 my granny's house

 okay my first time!:)
 my second time :P
my anak kambing..haha
 the mosque
 date with my sis
 termenung sejenak
 kontrol macho!


Ke-balik-an aku ke kampung pada minggu lepas tidak seperti yang aku jangkakan..maklum lah..dah lama xbalik..semua ornag kampung datang dan tegur aku..serta merta malu menyelubungi aku..walaupun aku dah lame xbalik mereka-mereka masih menunggu kepulangan anak pulau tersebut dan memeriahkan kepulangan aku dengan pelbagai masakkan,mempersembahkan apa yang mereka telah kecapi,menceritakan hasrat mereka kepadaku..malu yang amat kurasakan pada masa itu..seolah-olah aku bukan diriku setelah sekian 1tahun aku xbalik ke kampung..


Aku leka mencari dentuman ekzos kenderaan,
Padahal aku hanyalah anak pulau yang menginginkan kedamaian melihat pokok kelapa melambai.
Aku leka mencari kelajuan dijalanan,
Padahal aku hanyalah anak pulau yang selalu menaiki bot yang lebih laju daripada kenderaan lain.
Aku leka memodified kenderaan aku,
Padahal aku hanyalah anak pulau yang mempunyai kenderaan yang meluncur lebih smooth daripada F1.
Aku leka mencari tali persaudaraan yang jauh dengan aku,
Padahal aku selalu ditemani oleh warga pulau yang lain.
Aku leka membina hubungan baru,
Padahal warga pulau sedang menunggu kepulanganku.
Aku leka akan perubahan ekonomi yang pesat membangun,
Padahal aku hanyalah anak pulau yang mendambakan kehijauan disekelilingku.
Sesungguhnya aku telah leka dan banyak mendustakan diriku...
Aku lupa akan janji-janji manisku untuk membanggakan pulauku...
Tempat aku membesar dan belajar cara hidup survival..
Tempat aku memperoleh kelasakan yang aku ada sekarang..
Tempat yang sepatutnya aku xkan lupakan....
Aku leka..

anak pulau..

No comments:

Post a Comment